CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 8, 2012

tugasan 101 rabu 8.8.12 (buskin Robin free mlm ni)

Bab Sirah ( kejayaan Rasulullah SAW meletakkan asas akidah yang kukuh) memahami perjuanagn Rasulullah SAW KEDATANAGN Rasulullah SAW di Mekah sebagai mempejuangkan akidah yg benar iaitu mengesakan Allah SWT kepada Orang Quraisy yang menganut pelbagai kepercayaan karut.. 1. Berikan 5 ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah SAW. 2. Terangkan 5 penyiksaan dan ancaman kepada sahabat Rasulullah SAW. 3. Terangkan bentuk perjuangan Rasulullah SAW di Mekah. Sumber rujukan perlulah dari internet samada laman web ataupun blog. Sekurang-kurangnya 3 sumber rujukan cth : http://fairulizwanrahman.tripod.com/adm/interstitial/remote.html Tuliskan tugasan dalam MS Word. Tuliskan 1.nama pelajar 2. No matrik Hantarkan ke Luvmaz88@gmail.com

10 KoNgSie RA$Δ :

fatin dayana razman said...

nama:Fatin Dayana Razman
no.mak:12100
1)5 ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah S.W.T ialah:
a)Rumah Rasullulah dibaling dengan tahi unta.
b)Abu Jahal cuba menghempas batu kasar ketika nabi bersembahyang di masjidilharam.
c)Leher Rasullulah pernah dijerat dengan serban.
d)Rasullulah pernah dikelilingi oleh orang kafir,diludah dan didustakan kerasulannya.
e)Rasullulah ditawarkan dengan pangkat,harta dan wanita jika menghentikan dakwahnya.
2)5 penyeksaan dan ancaman kepada sahabat Rasullulah S.W.T ialah:
a)Penyeksaan terhadap keluarga Yasir dan Bilal bin Rabah.
b)Permulauan terhadap keluarga Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib.
c)Menghalang golongan hamba dan orang yang lemah daripada memeluk agama Islam.
d)Menghentikan semua urusan dengan orang Islam dalam semua aspek kehidupan.
e)Mengugut untuk membunuh sesiapa yang menerima ajaran Islam.
3)Bentuk perjuangan Rasullulah di Mekah ialah:
a)Perjuangan dalam bentuk bertahan,segala rintangan dihadapi dengan sabar.
b)Rasullulah menanam asas akidah yang mantap ke dalam jiwa penganut Islam.
c)Perkembangan Islam berjaya memisahkan masyarakat arab daripada belenggu kejahilan kepada mentauhidkan Allah.

afina said...

sabrina ask..
btol ke mlm ni dpt buskin robin free??? :)

adiputra 12005 said...

1)Abu Jahal seorang pemimpin kanan Quraish, pernah menawarkan jawatan Raja, perempuan cantik, dan harta kekayaan, supaya Rasulullah SAW tidak meneruskan perjuangan Islam.
2)Rasulullah s.a.w. disakiti, Abu Lahab menengking Baginda: "Celaka kamu, adakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?", orang musyrik semakin hebat menyakiti Rasul s.a.w. dan para sahabat. Sehingga ada yang mati diseksa dan ada yang buta, Orang musyrik tidak lagi berjual beli, bernikah dan bergaul dengan mereka. Orang musyrik juga tidak menerima sebarang perdamaian daripada mereka, Rasul s.a.w. dan orang yang bersamanya berhadapan dengan kesulitan yang teruk
3) Perjuangan untuk menegakan aqidah tauhid di tengah-tengah masyarakat jahilliyah di mana kehidupan mereka jauh terpesong dari landasan agama yang benar. Perjuangan menentang kezaliman dan penindasan kepada keadilan menuntut pengorbanan yang tidak terhingga banyaknya, dari segi aspek fizikal, mental dan spiritual. Namun semua itu dapat dihadapi dan dilaksana oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan pimpinan dan pertolongan Allah s.w.t. Oleh yang demikian baginda telah menperolehi kejayaan dengan lahirnya umat islam dan terbentuknya negara islam pertama iaitu Madinah al-Munawwarah.

ADIPUTRA12005 said...

YE,SIAP.MLM NI DPT BUSKIN ROBIN.SELAMAT HARI RAYA

Muhammad qayyim, abdul muhaimin said...

1. 5 ancaman & cabaran yg dihadapi oleh rasulullah saw
 Rumah rasulullah dibaling dgn tahi unta
 Abu jahal cuba menghempas batu besar ketika nabi muhammad saw bersolat di masjidil haram
 Leher rasulullah saw pernah dijerut dgn serban
 Rasulullah saw dikelilingi oleh org kafir, diludah dan didustakan kerasulannya
 Rasulullah ditawarkan dgn pangkat, harta dan wanita jika menghentikan dakwahnya

2. 5 penyiksaan dan ancaman kepada sahabat Rasulullah SAW
 Penyiksaan terhadap keluarga yaser dan bilal bin rabah
 Memulaukan keluarga bani hashim dan bani abdul mutalib
 Menghalang golongan hamba dan org yg lemah drpd memeluk islam
 Menghentikan urusan dgn org islam dalam semua aspek kehidupan
 Mengugut utk membunuh sesiapa yg menerima ajaran islam

3. bentuk perjuangan Rasulullah SAW di Mekah
 Perjuangan dalam bentuk bertahan,segala rintangan dihadapi dengan sabar.
 Rasullulah menanam asas akidah yang mantap ke dalam jiwa penganut Islam.
 Perkembangan Islam berjaya memisahkan masyarakat arab daripada belenggu kejahilan kepada mentauhidkan Allah.

muhammad qayyim(12087)
abdul muhaimin(12111)

mimsinlammim Ilyas said...

Mlm ni kul 8-10 mlm mmg free 1 skôp buskin robin...tp kne g sdrilh kdai buskin..sempena dato' lee chong wei menang perak bdmnton olimpik..hihi...korg ni xbc paper ke?

Anonymous said...

NAMA: MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN KHAHARUDDIN
MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN HISHAM
NO MAK : 12043 & 12081
1. 5 ANCAMAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NABI MUHAMMAD

• Baginda diludah dan dicerca;
• Rumah baginda dibaling dengan tahi unta
• Abu Jahal cuba menghempaskan batu besar kepada Rasulullah SAW ketika baginda sedang bersolat;
• Baginda ditawarkan pangkat, harta dan wanita cantik
• Leher rasulullah pernah dijerat dengan serban

2. 5 penyiksaan dan ancaman kepada sahabat Rasulullah SAW

• Bilal bin Rabah serta keluarga Yasir diseksa dengan kejam;
• pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib;
• ugutan bunuh kepada penganut Islam.
• Menghalang golongan hamba dan orang yang lemah daripada memeluk islam
• Menghentikan urusan dengan orang islam dalam semua aspek kehidupan

3. Terangkan bentuk perjuangan Rasulullah SAW di Mekah

Strategi dakwah Rasulullah SAW di Mekah terbahagi kepada dua iaitu dakwah secara rahsia dan dakwah secara terus terang.

Dakwah secara rahsia berlangsung selama tiga tahun dan dijalankan kepada kaum keluarga terdekat dan rakan taulan.

Antara orang yang mula-mula memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib, Abu Bakar As-Siddiq, Usman bin Affan dan Al-Arqam bin Abi Al- Arqam.

4. Antara hikmat dakwah secara rahsia ialah:

ajaran Islam diterima tanpa sebarang gangguan;
mengelakkan penentangan Musyrikin Quraisy;
kedudukan Islam dan umat Islam bertambah kukuh;
mengelakkan kejutan kepada masyarakat Arab.

Rasulullah SAW menjalankan dakwah secara terus terang setelah turun ayat 214 surah As-Syu’ara’ dan ayat 94 surah Al-Hijr.

Baginda telah mengadakan perhimpunan di Bukit Safa. Baginda telah dicaci oleh Abu Lahab dengan kata-kata penghinaan.

Rasulullah SAW dan para sahabat tetap tabah menghadapi segala tentangan tersebut.

Antara hikmat dakwah secara terus terang ialah:

penganut Islam berani menegakkan kebenaran;
pegangan akidah umat Islam bertambah mantap;
ajaran Islam tersebar dengan meluas.

Teknik dakwah Rasulullah SAW:

berdakwah dengan penuh hikmah atau bijaksana;
berdakwah dengan memberi nasihat dan pengajaran yang baik;
berdakwah dengan berbahas dengan cara yang baik.

Dakwah Rasulullah SAW mendapat tentangan yang hebat daripada kaumnya setelah baginda berdakwah secara terus terang.
Antara faktor-faktor penentangan ialah:

Islam menghapuskan agama nenek moyang mereka seperti penyembahan berhala;
Islam menghapuskan sikap berpuak-puak dengan menekankan persamaan hak antara sesama manusia;
perniagaan berhala yang dijalankan akan terancam.
SUMBER: http://myussoff.blogspot.com/2011/02/sirah-dan-tamadun- islam.html
BUKU TEKS

Anonymous said...

Saya ade bace! Tp camne nak g Baskin Robbin tuh??

Nuruljannah 101 2012 said...

1. Berikan 5 ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah SAW.
• Rumah Rasullullah dibaling dgn tahi unta
• Leher Rasullullah SAW pernah dijerut dgn serban
• Abu Jahal cuba menghempaskan batu besar kepada Rasulullah SAW ketika baginda sedang bersolat
• Baginda ditawarkan pangkat, harta dan wanita cantik
• Baginda diludah dan dicerca

2. Terangkan penyiksaan dan ancaman kepada sahabat Rasulullah SAW
• Bilal bin Rabah serta keluarga Yasir diseksa dengan kejam
• Pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib
• Ugutan bunuh kepada penganut Islam

3. Terangkan bentuk perjuangan Rasulullah SAW di Mekah
Perjuangan untuk menegakan aqidah tauhid di tengah-tengah masyarakat jahilliyah di mana kehidupan mereka jauh terpesong dari landasan agama yang benar. Perjuangan menentang kezaliman dan penindasan kepada keadilan menuntut pengorbanan yang tidak terhingga banyaknya, dari segi aspek fizikal, mental dan spiritual. Namun semua itu dapat dihadapi dan dilaksana oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan pimpinan dan pertolongan Allah s.w.t. Oleh yang demikian baginda telah menperolehi kejayaan dengan lahirnya umat islam dan terbentuknya negara islam pertama iaitu Madinah al-Munawwarah.

http://kolarhijau.blogspot.com/2012/08/tugasan-101-rabu-8812-buskin-robin-free.html
http://myussoff.blogspot.com/2011/02/sirah-dan-tamadun-islam.html
http://books.google.com.my/books?id=XFmjPEeal_4C&pg=PA93&lpg=PA93&dq=ancaman+dan+cabaran+yang+dihadapi+oleh+Rasulullah+SAW.&source=bl&ots=b1609fT43S&sig=NZJTA_Joiwj9CEdOrwbGEZRBouk&hl=en&sa=X&ei=HRIiUOHFFsLWrQectoCwCw&ved=0CFsQ6AEwBQ#v=onepage&q=ancaman%20dan%20cabaran%20yang%20dihadapi%20oleh%20Rasulullah%20SAW.&f=false

Anonymous said...

Yeh! [xdekeje]

Post a Comment

nak komen ke?