CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 24, 2012

Hencik Syawal datang Lagi !! YEAH

Ya..hencik Syawal datang lagi ( cam iklan Ding Dang plk). Sememangnya Syawal di  tunggu2 oleh segenap lapisan  masyarakat di Malaysia..Bukan Shahwal Kanchana kelas 506 yeh..lagi2 oleh golongan kanak-kanak riang cam korang...walaupun malu 
tapi mmg korang nak kan wet raya...hahaha...( terlebih ketawa plk).

Banyak perkara 'Paujitip' yang dapat kita sama2 perhatikan fenomena yang berlaku hanya di M'sia Terchenta ni...

1. Ramai gadis2 yg 'rambut bebas lagi terbabas' mula menyarung stokin..ehm tudung di kepala masing2..mungkin trend tapi 'its a good sign' menambah fenomena luar biasa berbanding bulan bukan Syawal tadi..


2. Ramai mak bapak yang men'DERMA' di Shoping Kompleks, Pasar malam, Bazar Ramadhan mahupun Pasaraya SAKAN..di samping berbelanja 3x lebih banyak dari bulan lain...kalu tak percaya boleh tanya jiran punya mak n abah diorang...alamatnya kayalah taukeh kedai bulan ni...


3. Kalu masa raya mmg 'JEM' talian telekomunikasi masing2 dek kerana 'SMS,MMS' yang beratur panjang sebab nk ucap Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin..Yelah setahun sekali baru nk mintak maap sebab selama 11 bulan ni mmg sibuk makan daging sedara sendiri..tak kurang yang tikam belakang secara tak sengaja...tu lom termasuk pesanan kat Dinding MukaBuku dan Kicau...bukan setakat jalan JEM..line pon nk jem jgk..sakit hati..


4. Kedai jahit baju mmg sibuk Raya ni..masing- masing menempah baju raya..paling kurang 4 pasang. Baju pulak sedondon, lagi2 pasangan hangat berchenta dan berkaseh..kenelah baju sama barulah menunjukka  kesatuan jiwa dan keteguhan ikatan...baju kaler jambu sepertu pink, ungu, hijau dan peach mmg fevret mda mudi skrg... dah baju sedondon takkan  nak beraya naek motosikal atau kereta lain2.. mestilah sama2... jadi terjadilah babak 'halal' di bulan Syawal. yelah setahun sekali..


5. Paling pasti Broadband mmg xpnh off...penuhlah 'notification' FB atau Twitter pasal gambar raya..semua sudut ada, dari depan rumah sampailah dalam tandas bergaya dengan skill masing2..muke itik, muke belon mahupun dua jari di tepi pipi..sang syaitan pun tergezut tgk korang bgambar kat dlm tandas tu..pelik tapi benar...


6. Syawal pasti akan 'havoc' dengan iklan raya yang pelbagai bergantungan di sana sini...masing2 nak cabut dinding rumah sbb nk buat Rumah Terbuka..dari YB sampailah ke Pakcik tukang kebun sekolah bukan PASTi ( jgn mrh pakcik, contoh je ni). Sampaikan ada potongan pengecualian cukai tu...tepuk tangan...yelah masa nilah nk memupuk semngat kejiranan dan menyubur sifat sedekah ( tangan bengkok ke bahu, mata pandang atas) lah sangat..

7. dan 8. Dan banyak lagi..tu belum pasal rancangan TV n bla bla...sakit pinggang pulak duduk lama2. 

Sebenarnya bagaimana cara Pemimpin Islam yang terangung, Oshem lagi Hoyeh BAGINDA MUHAMMAD SAW menyambut Syawal?


1. BERTAKBIR


Tolong bukak al-Quran yang salu kita baca bulan lepas..Surah al-Baqarah : 185
Takut dah simpan dalam stor


2. UCAPAN SELAMAT

 "Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari Raya, sebahagian mereka akan mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan 'Taqabalullah minna wa minka' ( semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu"
 -Kitab Fathul Bari-


3. PAKAIAN


 Sunnah bagi lelaki MUSLIMIN memakai pakaian terbaek dan terchantek -Imam Syafie

 Bagi perempuan- pakaian terbaik yang tidak menampakkan bentuk badan, jarang dan tidakmelanggar syara'.

Dan HARAM memakai wangian yang berlebihan sehingga menarik perhatian orang sekeliling..saje nk highlight..

 Jadi macamana kita menyambut hari KEMENANGAN tahun ini?.. Adakah Mengikut sunnah atau mengikut selera nafsu serakah yang tak pernah puas?.

.... RENUNG-RENUNGKAN....


Agak2 buat x 6 hari lepas? Kredit