CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 9, 2012

Sakit Yang Menghapus Dosa

Hujung mingguku di uji dengan dugaan dariNya..sakit perut,sakit kepala dan sakit badan..separuh hari hanya terlantar di atas tilam berteman minyak yuyi cap limau sambil melayan gurauan muzammil yang sering melompat di atas perutku...senak..tapi sabar melayan kerenah muzammil yg belum mengerti abinya sedang sakit...

Ramai antara kita yang sering di uji dengan pelbagai jenis penyakit, maka sibuklah berjumpa doktor dan menelan ubat ber'tablet'...berharap doktor yang ditemui memberikan ubat yang paling berkesan bagi melegakan kesakitan yang menimpa...

Namun berapa ramai yang apabila sakit maka terus mengambil wudhu' lalu solat 2 rakaat memohon pada Allah agar dihilangkan sakit itu..dari mana datang sakit tu..adakah salah makan, salah bersukan, salah teknik berjalan...atau sebenanrnya sakit itu dari Allah yang pembuat penyakit serta penyembuhnya...hanya untuk menguji hambaNya samada bersabar, redha atau sebaliknya..

Sewajarnya bagi seorang hamba itu memohon pada Allah swt Penyembuh penyakit..bukan hanya yakin pada cik doktor mahupun si ubat...Marilah kembali pada Nas :
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

yakinlah saudara-saudaraku bahawa setiap kesakitan itu pastinya akan mengkafarah dosa2 yang lalu...
Rasulullah SAW pernah berpesan:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Semoga Allah kafarah dosa2 ku yang lalu..Terima kaseh atas ingatanMu padaku...

Wednesday, April 4, 2012

cetusan aspirasi

Seringkali kaki ini melangkah lesu tanpa arah tuju yang jelas...apa yang kurang ya?...
ada saja yang tidak kena, hati rasa risau dan tak keruan...makan pun tak kenyang...Seperti perlukan suntikan baru utk hidup ini...
Rasanya kurang jelas natlamat hidup punca jadi jiwa jadi kosong...jiwa kacau..Tapi yang jelas sebenarnya kurangnya amal pada Allah..kurang menelaah Kalam Allah...Kurang bibir menyebut NamaNya...kurang solat sunat..kurang muhasabah...
dan kurang taqwa...hidayah jarang hinggap di hati ni...kerana kurangnya aspirasi yg mengalir dari hidayah Allah...
tika kaki ini mudah melangkah ke singgahsana di mana azan diazankan pasti hidayah itu edang menziarahiku..pasti ku sambut dengan iringan ibadah dan rasa syukur pada Allah pencipta hidayah itu...terima kaseh tuhan atas kiriman hidayah mu yag manis itu...
bulatn gembira yg pastinya mahu menjemput aspirasiMu Tuhan