CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 15, 2010

hasad yang memamah diri


Terasa ingin membicarakan hal berkaitan dengan hasad dengki ini. Sememangnya, sebagai seorang manusia biasa, yang sering sahaja terlupa, perasaan hasad dengki boleh dikatakan dirasai oleh semua orang. Yang menyedihkan, seringkali disinonimkan sikap hasad dengki itu dengan orang Melayu. Di Malaysia, apabila disebut sahaja berkaitan dengan hasad dengki, maka sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu. Seolah-olahnya masyarakat Melayu memang terkenal dengan sebuah masyarakat yang mempunyai hasad dengki yang tinggi.

Adakah tanggapan ini benar?  

Sekiranya kita mengatakan benar, adakah hanya masyarakat Melayu sahaja mempunyai sifat mazmumah ini? Sekiranya kita mengatakan tidak benar, seolah-olahnya kita menafikan realiti yang berlaku dalam masyarakat. Sedangkan realiti yang pernah disaksikan memperlihatkan bagaimana jatuh bangunnya pemimpin Melayu, perniagaan Melayu, dan sebagainya akibat hasad dengki.

Kata Imam Al-Ghazali, hasad dengki ialah sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, "Ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu," – (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah – Riadus Salihin 4:1441)

maka perlulah kita menjauhi diri dari penyakit hati ini yang boleh membawa kemusnahan diri dan hati...

kehidupan tidak semudah yang disangka...

0 KoNgSie RA$Δ :

Post a Comment

nak komen ke?